Pena Maya


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”


Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat Iman, Islam & Ihsan yang telah Engkau berikan kepada hamba ini. Salawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.


Alhamdulillah atas keizinanNya, jari-jari jemari ini menari-nari lagi atas keyboard komputer, syukurlah. Moga-moga pengisian yang bakal dicoretkan ini bermanfaat untuk yang membacanya. InsyaAllah..ameen.


Beberapa hari yang lepas disapa satu soalan oleh teman sy,“ukhty update blog hari-hari yah?”


sy hanya tersenyum dan membalas , “tak juga…”. Tanggapan sy, mungkin dia tak perasan agaknya jarak antara satu-satu artikel untuk dipublish. 


sy menyambung kata-kata, “kalau boleh, hari-hari mahu menulis sebab setiap hari akan ada kisah yang menarik dalam hidup sy. Adakalanya ilham datang mencurah-curah, tapi kerna kondisi hati tidak baik, maka dibiarkan diari ini tanpa pengisian…”


Hidup setiap manusia yang Allah s.w.t. anugerahkan roh dan nyawa itu sungguh unik sekali. Apa lagi manusia itu punya sifat, karakter dan sikap yang tersendiri yang sy anggap sebagai seni dalam kehidupan.


Berjumpa dengan banyak orang adalah suatu yang sangat sy suka. Duduk disatu sudut dan memerhatikan gaya-gaya  mereka dan kadang-kala sy tersenyum kecil tanpa mereka sedari. Lucu….! (^^,)


sy memang berkata benar bilamana hati ini terasa ingin sekali untuk menulis tiap-tiap hari. Menulis lakaran di kanvas maya ini tentang apa yang ku lihat hasil daripada pengembaraan pada hari itu dan dibagikan dengan orang lain supaya kita mengambil iktibar dan pedoman untuk memperbaiki diri dan menjadi sebaik-baik hamba buatNya..insyaAllah.


Namun, kerna masa yang agak terlupa dengan amanah yang masih terpikul dibahuku dan tidak akan pernah selesai melainkan nafasku diambil, maka ku cuba juga untuk istiqomah dalam menulis. Moga isinya sentiasa memberi manfaat buat yang membacanya.


Di awal kemunculan ‘diari maya’ ini, ramai yang tidak tahu siapa penulisnya  kerna sy memang cuba untuk merahsiakan identiti diri dari diketahui.


Namun, lama kelamaan semakin ramai yang singgah dan membaca coretan yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah, blog ini ku jadikan sebagai salah satu medium da’wah yang berkesan walaupun ada dalam kalangan pembaca tidak pernah bersuara sendiri dengan penulis.


Teringat kata-kata seorang adik junior, “kaka, terima kasih banyak-banyak sebab banyak sadarkan saya dengan artikel-artikel kaka. Saya rasa seperti kaka selalu ada dengan saya dan mengingatkan saya kalau saya lalai…”


Tiada kata yang mampu sy ungkapkan tatkala membaca luahan hatinya itu melainkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. atas kekuatan dan ilham untuk menulis. 


sy juga bimbang dengan adik-adik yang pernah mengenali sy, melahirkan rasa kebimbangan mereka sekiranya Iman tidak mampu untu menepis cubaan nafsu yang cuba untuk menjauhkan kita dari Allah s.w.t… hanya coretan melalui artikel-artikel ini sahajalah yang mampu sy bantu dan tolong dari jauh.




ilmu dan pandangan yang diberikan amat-amat ana hargai. Asyik baca coretan ana saja kan, teringin juga hati ini untuk membaca komen dari pembaca sekalian…(^^,)


Jadi, sy sarankan kepada bloger-bloger yang sudah lama tidak update blog anda, cubalah juga untuk menulis hatta satu artikel dalam satu bulan kerna impak yang kita perolehi itu cukup besar, apatah lagi manfaat dari ilmu itu mengalir pahalanya walaupun kita di alam barzah. Moga Allah s.w.t. redha.

Facebook..
Hadir pada mulanya untuk menjatuhkan agama islam,
Diwujudkan untuk merosakkan anak adam,
Tapi rupanya UKHUWAH islam senang dijalankan,
Agama Islam mudah disebarkan dan diikutkan,

Facebook..
Mudah maksiat dijalankan andai manusia salah gunakan,
Pelbagai fitnah telah disebarkan untuk pecah belahkan semua insan,
Namun wujud manusia sayangkan agama tuhan serta perpaduan semua insan,
Membantu menyebarkan risalah ALLAH bagi kebenaran dapat diperkenalkan dan dilaksanakan,

Facebook..
Yahudi merancang merosakkan umat islam secara perlahan,
Agar mereka dapat melumpuhkan segala dakwah yang dijalankan,
Tapi umat islam tidak sebodoh yang disangkakan apatah lagi lemah seperti difikirkan,
Menjadikan FACE BOOK satu WADAH penyebaran agama ISLAM agar semua dapat mengenalinya lebih mendalam,

Begitu juga dengan facebook. Moga bukan setakat menjadi tempat luahan hati kita, tetapi juga menjadi medium da’wah yang bermanfaat. Di mana sahaja kita berada, hatta siapa pun kita..cubalah untuk lakukan sesuatu untuk ummah. Berhasil atau tidak, itu soal kedua kerna usaha itu yang Allah s.w.t. lihat.

Ku tahu… badan ini begitu lemah sekali,
tidak mampu untuk mengangkat senjata untuk turun ke medan jihad,
tambahlagi mahir dan arif dalam seni mempertahankan diri.

Tapi ku ingin sekali turut serta berjihad untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t…

Maka, ku memilih untuk berjuang melalui mata pena.
kerna walaupun ku tidak mampu untuk pergi ke serata dunia,
tapi ku yakin tulisan-tulisan ku mampu untuk sampai ke seluruh pelusuk dunia.

Allah…berikan ku hati yang bersih dan suci untuk menyentuh hati2 yang membaca tiap tulisan dan coretanku…ameen~

“Mata Pena itu lebih tajam dari mata pedang, maka ku memilih mata pena sebagai senjata jihadku…”

 Islam not just for us (muslim people) but for All 
♥♥♥ Sebarkan Bahagia ♥♥♥

About AMS

....Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku karena ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidak tahuan mereka”,(Abu Bakar As-Shiddiq ra) " bagiMulah segala puja puji, dgn hati badan dan lisanku.....

Posted on 25 Juni 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Komentar Dinonaktifkan pada Pena Maya.

Komentar ditutup.

Abu Salma

Homepage Pribadi Abu Salma Muhammad

Blog Abu Hudzaifah

Menghidupkan Sunnah Mematikan Bid'ah

Addariny's --- Centre

Meniti Jejak, Para Salafus Sholih yg Bijak

Aisyna haniifah

sibukkanlah dirimu dengan karya yang bisa mengharumkan namamu di hari akhir

bloginismeiga

Ekspresikan Diri dengan Cerita

Perkembangan Islam di Nusantara

merenung Islam masa lalu, merekam Islam masa kini, mereka Islam masa depan

Catatan Cinta Sahaja

AKU BELAJAR DARI KALIAN DAN AKU MENULISKANNYA

Cahyaiman's Blog

A fine WordPress.com site

Dandelion Seed

'writing' is the only way for me to speak up

KAMI DARI SEMUA : IndonesiAn BlogWalker

Blogging... Way I Get Relax a little while Learning     

Draft Corner

A Place for a Dreamer

Perjalanan Panjang

Tentang Hidup, Asa dan Cinta

blognoerhikmat

lihat dengan kata.baca dengan hati

Ariefmas's Weblog

Sejenak Menapak Riuhnya Dunia Maya

Abdullah Adnan

Personal Blog of Abdullah Adnan

Jendela Puisi

serumpun puisi dari hati yang merindu

DewanSyura Weblog

Just another WordPress.com weblog

Catatan Kaki

Kisah ke mana kaki ini melangkah...

Barbados Underground

Barbados News, Politics, Opinions, Sports, Culture, Religion and Media

Michael Powers 1:1 Photography.

Self portraits, every day.

%d blogger menyukai ini: